Monday, July 18, 2011

Sunday, October 11, 2009

Sertai kami sebagai perunding Unit Amanah

Assalamualaikum

Saya ingin mempelawa anda dan sesiapa yang berminat dan sedang mencari jalan untuk “diversified” pendapatan dengan menyertai Group Saya di Public Mutual dan menjadi Perunding Amanah Saham (Unit Trust Consultant) secara full time/part time. Alhamdullillah, bidang yang baru sahaja saya ceburi ini pada awal tahun 2008 telah memberikan pulangan pendapatan yang lebih lumayan dpd gaji bulanan saya terima dari hasil kerja makan gaji. Ini adalah hasil daripada berkat usaha yang bersungguh-sunggguh.

Apa yang perlu, kepada mereka yang berminat perlulah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, SPM dan minat berniaga. Komisyen, incentive dan benefit adalah menarik. Ramai yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini telah “kaya” & “success” hasil usaha mereka.

Antara Benefit menjadi Unit Trust Consultant ialah:-

1) Unlimited Income Potential (Direct / Indirect Commision)
Mengikut Statistik yang di keluarkan oleh Public Mutual pada tahun 2005, the lowest income yang di nikmati oleh seorang unit trust consultant yang active (part time) is RM 67,903. As starting, seorang unit trust consultant akan menerima komisyen 2.75% tetapi peratusan komisyen yang di terima boleh menjadi “UNLIMITED”
Nilai ini semakin bertambah pada tahun 2007 di mana seorang Unit trust consultant yang berusaha bersungguh-sungguh boleh menikmati pendapatan sehingga RM 100K sebulan.

2) Bonus
Bayaran bonus mengikut percentage drp sales kita utk spjg tahun tersebut.

3) Free OVERSEA trip
Jalan2 ke Vietnam, Jepun, Greece dan mana-mana je la kat overseas sebagai incentive untuk menaikkan semangat kita. tapi kena achieve target sales dulu la… trip slalunya seminggu, semuanya dibayar oleh Public Mutual.

4) “Career Benefit”
Komisyen ini dibayar hanya setahun 2 kali sahaja… nilai komisyen ini dikira berdasarkan pengkadaran di antara total bilangan AKAUN dan UNIT yang dihandle oleh kita sepanjang tempoh kita berkhidmat dengan Public Mutual.Total tersebut, di darabkan dengan peratusan yang di tetapkan oleh Public Mutual dan di bahagikan dengan 12 bulan sekurangnya kita akan menerima RM 3,000 to RM 4,000 per month. However, Ia bergantung kepada berapa besar total group sales kita. Lebih lama kita serve Public Mutual dan lebih besar total group sales kita, maka lebih besar la career benefit kita.

5) Career Prospect
Anda boleh pursue career anda dengan menggunakan subsidi dpd Public Mutual untuk menjadi Certified Financial Planner. Pendapatan yang anda bakal perolehi juga (sebagai unit trust consultant) boleh jadi even better ever than your salary at full time job.

Lesen untuk memasarkan Unit Trust mestilah diperolehi drp FMUTM (Federation Malaysian Unit Trust Manager) Oleh itu, new recruitment kena sit for exam dulu. Public Mutual ada menyediakan kelas kelas extensive khas as for preparation. Jgn risau exam ni mudah je nak lulus dgn syarat study nota yg diberi.

Joining Fees yg dikenakan hanya RM250 aje.Tapi ade satu berita baik!! If you all join PUBLIC MUTUAL, then u all buat sales rm50,000 dan ke atas, fees tadi akan di REFUND balik.

Peluang kerjaya ini adalah open untuk everyone, tak kira yang bukan berkelulusan dalam bidang kewangan. Training and personal guidance is freely provided. So kepada yang berminat jangan malu-malu email atau call saya.

Kelebihan dan kekurangan melabur dalam Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.

Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah:

a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.